Akademi Bangsawan ditubuhkan sebagai satu platform pembelajaran atas talian yang menawarkan pelbagai program pendidikan berlandaskan syariat Islam. Akademi ini bertujuan memudahkan masyarakat mendalami ilmu agama serta asas - asas Fardhu Ain dalam suasana pembelajaran yang mudah, efektif dan fleksibel.
Belajar secara fleksibel dari rumah melalui peranti anda. Rakaman turut disediakan.
Penilaian berasaskan tugasan santai untuk menguji kefahaman, bukan untuk membebankan.
Bimbingan terus daripada asatizah bersanad dan berpengalaman luas.
Sama ada anda seorang yang sibuk bekerja, suri rumah, mualaf, atau sesiapa sahaja yang ingin memantapkan asas agama, kami menyediakan ruang ilmu yang kondusif untuk semua peringkat usia.
Misi: Memberi perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi yang berlandaskan syariat Islam, menyediakan platform pembelajaran atas talian untuk menyampaikan ilmu agama secara mudah dan efektif, serta membimbing masyarakat memahami dan mengamalkan asas-asas agama/Fardhu Ain demi kebaikan dunia dan akhirat.
Visi: Menjadikan masyarakat mencintai ilmu agama dan mengetahui asas-asas agama/Fardhu Ain.
©2025 SYARIF AZMI EMPIRE
(KT-0537768-T)